Bengkel Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana

   05/04/2026 - 07/04/2026

   Pusat Latihan Pertanian (ATC) Kota Belud

Kembali
Sinopsis Kursus

Tujuan :-

• Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan mengenai kepentingan pemuliharaan serta penyelamatan rekod fail yang terjejas akibat bencana seperti banjir, kebakaran atau kerosakan fizikal. Bengkel ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kaedah pengurusan rekod yang betul bagi memastikan rekod penting Jabatan dapat dipelihara dengan baik.

Objektif:-
• Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pemuliharaan rekod fail selepas berlakunya bencana.
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam kaedah pengendalian dan pemulihan rekod yang rosak.
• Memastikan rekod penting organisasi dapat dipelihara dengan baik bagi menjamin keselamatan maklumat dan kelangsungan operasi jabatan.

Isi Kandungan :-
• Pengenalan kepada pengurusan & pemuliharaan rekod organisasi
• Jenis-jenis bencana yang boleh menjejaskan rekod fail
• Kaedah penyelamatan rekod yang rosak akibat bencana
• Teknik pengendalian, pembersihan dan pengeringan rekod yang betul
• Langkah-langkah pencegahan dan persediaan menghadapi bencana
• Amalan terbaik dalam penyimpanan dan pemeliharaan rekod bagi mengelakan kerosakan masa hadapan

Teknik Latihan :-
• Ceramah dan Latihan Amali

Kategori

Pengurusan

Kumpulan Sasar

Semua Gred N5 ke bawah

Sasaran Peserta

30 org

Penceramah Jemputan

Encik Khairudin Saidi

Encik Razali Hj. Dait

Encik Mohd. Fazree Ramlin

En. Mohd Afiq bin Ahmed

Encik Elldie Rantau

Penyelaras Latihan

Puan Dg. Ruhayah Ag. Daud

Tarikh Tutup Permohonan

12/04/2026

Status Kursus
Telah Diiklankan