07/09/2026 - 09/09/2026
   Pusat Latihan Pertanian (ATC) Kota Belud
Tujuan :
Untuk meningkatkan kompetensi Pegawai Pemeriksa semasa melaksanakan pemeriksaan fitosanitasi serta penguatkuasaan keperluan permit import mengikut peruntukan undang-undang, piawaian antarabangsa dan prosedur operasi yang berkuatkuasa.
Objektif :
Untuk melahirkan Pegawai Pemeriksa yang berupaya memahami dan mengaplikasikan peruntukan undang-undang dasar, prosedur serta piawaian fitosanitasi dalam melaksanakan pemeriksaan konsainan eksport dan import, menilai pematuhan Permit Import, mengambil tindakan fitosanitasi atau penguatkuasaan yang bersesuaian, menyediakan dokumentasi laporan pemeriksaan yang tepat serta melaksanakan tugas sebagai Pegawai Pemeriksa secara professional, berintegriti dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Isi Kandungan :
1. Pengenalan dan Prosedur Pengeluaran Sijil Fitosanitasi
2. Prosedur Pemeriksaan Eksport
3. Prosedur Pemeriksaan Perawatan Untuk Eksport
4. Pengenalan dan Prosedur Pengeluaran Permit Import dan Sijil Pemeriksaan
5. Pemeriksaan Dokumen, Konsainan dan Fitosanitasi
6. Tatacara Pengisian Borang-Borang PBQ dan Pelaporan PBQ
7. Topik Khas: Polisi Integriti dan Anti Rasuah Pekhidmatan Awam Negeri Sabah oleh Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BIGoNS)
8. Topik Khas: Ke Arah Penguatkuasaan Berintegriti dan Bebas Rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Teknik Latihan :
Ceramah/ taklimat, sesi soal jawab, tugasan dalam kumpulan dan latihan amali
Maklumat Penting : Sila bawa laptop dan pakaian yang bersesuaian untuk amali.
Pengurusan
Semua G5 Ke Atas
25 org
Puan Jovita Nicola Joseph
Encik Mohd. Youssry Ruslan
Encik Tomas Sual
Puan Helena Sintar
Puan Norhayati Ahmad
Puan Dg. Ruhayah Ag. Daud
11/09/2026