28/09/2026 - 30/09/2026
   Pusat Latihan Pertanian (ATC) Kota Belud
Tujuan :
Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pembantu pegawai aset/penyelenggara stor yang dilantik di lokasi tentang keperluan mengurus Harta Modal dan Aset Alih Bernilai Rendah (ABR) secara sistematik dan teratur. Tatacara pengurusan tersebut meliputi prosedur Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan Penyelenggaraan, Pindahan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira.
Pengurusan Aset
Bagi pengurusan aset, kursus ini akan memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang penyediaan laporan pengurusan aset seperti Pendaftaran Harta Modal (KEW.PA-3), Pendaftaran Aset Alih Bernilai Rendah (KEW.PA- 4), Senarai Aset Alih (KEW.PA-7), Laporan Kedudukan Semasa Aset Alih (KEW.PA-8), Laporan Pemeriksaan Aset Alih (KEW.PA-12), Borang Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-21), Laporan Pelupusan Aset Alih (KEW.PA- 32) dan Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib (KEW.PA-37).
Pengurusan Stor
Bagi pengurusan stor, kursus ini akan memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang penyediaan laporan pengurusan stor seperti Laporan Kedudukan Stok (KEW.PS-13). Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stor (KEW.PS-14), Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor (KEW.PS- 15). Laporan Tahunan Verifikasi Stok (KEW.PS-16), Laporan Tahunan Pelupusan Stok (KEW.PS-20) dan Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapuskira Stok (KEW.PS-22).
Laporan-laporan berkenaan akan dibentangan dalam Mesyuarat JKPAK yang diadakan setiap suku tahun.
Punca kuasa :
1) Pekeliling Kementerian Kewangan Bil.3/2022 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Negeri
2) Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri Bil.10/2010 Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
Objektif :
Bagi memastikan pembantu pegawai aset/penyelenggara stor di Jabatan Pertanian Sabah dapat memahami dan menguasai prosedur-prosedur tatacara pengurusan aset dan stor dengan optimum seperti yang termaktub di dalam pekeliling-pekeliling yang sedang berkuatkuasa
Isi Kandungan :
Topik 1 : Tatacara Pengurusan Aset
Topik 2 : Tatacara Pengurusan Stor
Teknik Latihan :
Taklimat
Pengurusan
Semua PT(P/O) N1-4 / PKA H1 / PSH
25 org
Puan Rusnani Ahmad
Encik Muhd. Ali Kifli
Encik Mohd. Ridwan Hanafiah
Encik Mohd. Zulkamal Ag. Haiyusup
Encik Mazran Rahman
Puan Dg. Ruhayah Ag. Daud
21/09/2026