07/10/2026 - 08/10/2026
   Pusat Latihan Pertanian (ATC) Kota Belud
Tujuan :-
1. Kursus Pengambilan Sampel Tanaman Makanan ini dirancang bagi memberikan pendedahan teori dan latihan pratikal kepada peserta kaedah pengambilan sampel yang tepat dan mengikuti garis panduan yang ditetapkan.
2. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari prosedur yang standard meliputi teknik pengambilan, penyediaan, pelabelan, penyimpanan serta penghantaran sampel.
3. Pelaksanaan kursus ini akan dapat meningkatkan kecekapan peserta dalam mendapatkan sampel berkualiti bagi tujuan analisis di makmal.
4. Pengambilan sampel tanaman makanan yang tepat dan sistematik adalah sangat penting bagi memastikan data analisis makmal yang diperoleh sahih dan boleh dipercayai.
Objektif :-
1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengambilan sampel tanaman makanan yang betul dan mewakili keadaan sebenar.
2. Melatih peserta dengan kaedah dan prosedur standard pengambilan, pelabelan, penyimpanan serta penghantaran sampel untuk tujuan analisis di makmal.
3. Membolehkan peserta mengenal pasti kesilapan biasa yang boleh menjejaskan ketepatan dan kualiti sampel dan cara mengelakkannya.
4. Memberi kefahaman kepada peserta tentang kepentingan pengambilan sampel tanaman makanan yang tepat.
5. Menggalakkan peserta mengaplikasikan teknik yang dipelajari di lapangan bagi menyokong pengurusan tanaman makanan yang lebih berkesan.
Isi Kandungan :-
Sesi 1 : Pengenalan kepada Peraturan 41 dan Jadual Keenambelas Peraturan-Peraturan Majanan 1985 (Residu Racun Perosak)
Sesi 2 : Prosedur Pengambilan sampel sayr
Sesi 3 : Kesan Residu Racun Perosak terhadap kesihatan pengendali dan pengguna.
Sesi 4 : Garis Panduan Penghantaran Sampel Bagi Analisis Residu Racun Perosak Ke Makmal.
Teknik Latihan :-
Taklimat dan Amali
Pengurusan
Semua Gred 5-6
25 org
Puan Dg. Salmah Ag. Timbang
Puan Henny Claire Ross
ChM. Norain Hidayah Jasnih
Encik Hamry Hamzah
Puan Dg. Ruhayah Ag. Daud
09/10/2026