Kursus Webinar Kesedaran Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015

   04/09/2026 - 04/09/2026

   Lokasi Masing-Masing

Kembali
Sinopsis Kursus

Tujuan :
- Memberi bimbingan kepada seluruh warga Jabatan khususnya "Desk Officer" MS ISO 9001:2015 terhadap pelaksanaan Sistem Pengurusan Kulaiti MS ISO 9001:2015 yang dilaksanakan Jabatan.
- Memastikan tahap kefahaman yang lebih seragam dalam kalangan warga Jabatan Pertanian Sabah terhadap keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.
- Webinar ini membolehkan penyampaian latihan yang lebih flexible, menjimatkan kos dan mampu mencapai lebih ramai penyertaan daripada lokasi di seluruh negeri.

Objektif :
i. Memastikan penyampaian maklumat yang seragam untuk pematuhan yang berterusan terhadap standard Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 yang ditetapkan kepada seluruh warga Jabatan Pertanian Sabah.
ii. Memupuk kefahaman, kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab warga jabatan terhadap prinsip dan keperluan standard Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.
iii. Menyokong usaha penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan sistem kualiti selaras dengan keperluan standard dan dasar jabatan.

Isi Kandungan :
1. Pengenalan dan kepentingan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
2. Pengukuhan terhadap klausa :
i. Konteks Organisasi
ii. Kepimpinan
iii. Perancangan
iv. Sokongan
v. Operasi
vi. Penambahbaikan

Teknik Latihan :
Webinar

Kategori

Pengurusan

Kumpulan Sasar

Semua Gred 1 - 12

Sasaran Peserta

100 org

Penceramah Jemputan

Encik Norazman Jamdin

Penyelaras Latihan

Puan Dg. Ruhayah Ag. Daud

Tarikh Tutup Permohonan

07/09/2026

Status Kursus
Telah Diiklankan