Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian Sabah Kali Ke-13

   13/11/2026 - 16/11/2026

   Kota Kinabalu

Kembali
Sinopsis Kursus

1. TUJUAN
Seminar Kecergasan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga Jabatan Pertanian Sabah tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat, kecergasan fizikal, kesejahteraan mental serta pembentukan sikap positif dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja. Seminar ini turut menjadi platform untuk memupuk disiplin diri, memperkukuh semangat berpasukan dan membudayakan aktiviti sukan sebagai pemangkin kepada peningkatan motivasi, produktiviti serta kecemerlangan penyampaian perkhidmatan jabatan.

2. OBJEKTIF
Pelaksanaan Seminar Kecergasan ini adalah untuk mencapai objektif yang berikut:
2.1 Meningkatkan Kesedaran tentang Kepentingan Kecergasan Fizikal dan Mental
Memberikan pendedahan kepada warga jabatan tentang kepentingan aktiviti sukan, kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental sebagai asas pembentukan gaya hidup sihat, seimbang dan berkualiti.
2.2 Memupuk Disiplin dan Semangat Berpasukan
Menerapkan nilai disiplin, komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan melalui penghayatan budaya sukan bagi memperkukuh hubungan kerja yang harmoni serta meningkatkan keberkesanan organisasi.
2.3 Membina Pemikiran Positif dan Ketahanan Diri
Memperkasa keupayaan warga jabatan untuk mengurus tekanan, meningkatkan motivasi serta membentuk pemikiran positif dan daya tahan mental dalam menghadapi cabaran kehidupan dan tuntutan pekerjaan.
2.4 Meningkatkan Produktiviti dan Prestasi Kerja
Menggalakkan amalan keseimbangan antara kecergasan fizikal, kestabilan emosi dan kesejahteraan mental bagi melahirkan warga kerja yang lebih fokus, proaktif, berdaya saing dan produktif.
2.5 Membudayakan Gaya Hidup Sihat dalam Organisasi
Menggalakkan penglibatan aktif warga jabatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi secara berterusan bagi membentuk budaya kerja yang sihat, dinamik dan berprestasi tinggi.

Kategori

Pengurusan

Kumpulan Sasar

Semua PSH dan ke atas

Sasaran Peserta

480 org

Penceramah Jemputan

Puan Linda @ Lily Cosmas

Encik Heirwan Shah bin Masari,

Encik Norhasdi Hassan (Pak Boi)

Penyelaras Latihan

Puan Dg. Ruhayah Ag. Daud

Tarikh Tutup Permohonan

20/11/2026

Status Kursus
Telah Diiklankan