Kursus Pembinaan Item Pentaksiran

   05/02/2026 - 06/02/2026

   Pusat Latihan Pertanian (ATC) Kota Belud

Kembali
Sinopsis Kursus

Tujuan :-
Kursus ini memberi penekanan dan pendedahan berkenaan pembinaan item bagi menghasilkan soalan ujian/peperiksaan yang lebih berkualiti dan menepati prinsip pembinaan item.

Objektif :-
1. Mengenalpasti ciri item pentaksiran yang baik;
2. Membina item yang sah dan jelas;
3. Membina dan menentukan konstruk yang tepat bagi setiap item;
4. Membina soalan subjektif (struktur dan esei) sejajar dengan konstruk; dan
5. Menganalisis kualiti item selepas item digunakan untuk pentaksiran.

Isi Kandungan :-
1. Menentukan item berkualiti, mengenalpasti kesalahan lazim dalam pembinaan item dan prinsip pembinaan item;
2. Memahami konstruk dan aras kognitif item (K1 hingga K3), menentukan pemilihan kata tugas yang bersesuaian mengikut konstruk;
3. Memahami jenis/strukur item objektif: stimulus, stem, opsyen, distractor;
4. Memahami jenis soalan struktur dan esei, memilih kata tugas yang bersesuaian mengikut konstruk serta membina skema pemarkahan yang baik;
5. Memahami kaedah analisis soalan untuk mengenalpasti item yang baik atau item lemah (indeks kesukaran, diskriminasi, dan fungsi distractor).

Teknik Latihan :-
1. Sesi Ceramah
2. Latihan Dalam Kumpulan
3. Sesi Pembentangan

Kategori

Pengurusan

Kumpulan Sasar

Semua Gred 2 - 12

Sasaran Peserta

32 org

Penceramah Jemputan

Encik Ts. Ruzely Amin

Puan Josephine Damian

Encik Stanislaus Mandadi

Encik Mohd Ifwatadli Valentine

Encik Efie Auza Mudah Bistari

Encik Mohd. Asri Salleh

Penyelaras Latihan

Puan Dg. Ruhayah Ag. Daud

Tarikh Tutup Permohonan

07/02/2026

Status Kursus
Telah Diiklankan