Kursus Pengurusan Fail, Rekod Dan Pelupusan

   04/05/2026 - 06/05/2026

   Pusat Latihan Pertanian (ATC) Kota Belud

Kembali
Sinopsis Kursus

Tujuan:
Untuk mempertingkatkan kesedaran dan pendedahan kepada peserta berhubung aspek pengurusan fail dan rekod mengikut akta dan pekeliling yang ditetapkan. Kursus ini secara umumnya adalah bagi meningkatkan dan menambah pengetahuan asas dan kemahiran peserta dalam mengurus rekod-rekod Jabatan.

Objektif :
- Mendapat pengetahuan asas mengenai pengurusan fail dan rekod kerajaan secara teori dan amali untuk melaksanakan tanggungjawab pengurusan fail dan rekod di jabatan masing-masing.
- Mendapat kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod pada peringkat- peringkat pewujudan, penggunaan, pemeliharaan dan pemisahannya.
- Mendapat kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukan di dalam Akta Arkib Negara 2003 dan surat-surat Pekeliling berkaitan.

Isi Kandungan :
- Konsep Pengurusan Fail dan Rekod
- Konsep Fail Housekeeping (Latih Amal)
- Amalan dan Prosedur Registri (latih Amal)
- Jawatankuasa Tadbir Urus Rekod
- Pelupusan Rekod

Teknik Latihan :
- Ceramah

Kategori

Pengurusan

Kumpulan Sasar

Semua Gred N1 - N5

Sasaran Peserta

25 org

Penceramah Jemputan

Cik Dolores Jiliu

Encik Abd. Harun Osman

Puan Sabarinah Matnin

Penyelaras Latihan

Puan Dg. Ruhayah Ag. Daud

Tarikh Tutup Permohonan

08/05/2026

Status Kursus
Telah Diiklankan