Kursus Pengurusan Lepas Tuai Benih Padi Ke Arah Pengeluaran Benih Berkualiti Tinggi

   18/05/2026 - 20/05/2026

   Pusat Latihan Pertanian (ATC) Kota Belud

Kembali
Sinopsis Kursus

Tujuan :
Memberi penerangan tentang kaedah dan teknologi yang diamalkan dalam pengendalian lepas tuai benih padi melalui proses ‘Transfer of Technology’ (TOT) kepada pegawai/kakitangan Pusat-Pusat Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian Sabah yang terlibat secara langsung dalam pengendalian lepas tuai Sawah Satelit Benih Padi Sah.

Objektif :
Mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pegawai/kakitangan Pusat-Pusat Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian Sabah berkaitan pengendalian lepas tuai Sawah Satelit Benih Padi Sah untuk mengeluarkan benih padi berkualiti tinggi.

Isi Kandungan :
i) Ujian/Penilaian Pra Kursus
ii) Pengenalan kepada kaedah pengendalian lepas tuai benih padi ke arah pengeluaran benih berkualiti tinggi.
iii) Pengurusan Lepas Tuai Benih Padi Asas (FS)
iv) Pengurusan Lepas Tuai Benih Padi Berdaftar (RS) dan Benih Padi Sah (CS)
v) Penyimpanan benih padi
vi) Ujian/Penilaian Pasca Kursus

Teknik Latihan :
Kuliah/perbincangan kumpulan/lawatan ke ladang

Kategori

Teknikal

Kumpulan Sasar

Semua G5/H1/PSH

Sasaran Peserta

25 org

Penceramah Jemputan

Puan Crisnah Karading

Encik Mohd. Sabrie Salim

Encik Abdul Fauze Taki

Encik Macbeth Majilon

Puan Nur Edna Hasreena Ahlun

Puan Irene Gosibin

Penyelaras Latihan

Puan Dg. Ruhayah Ag. Daud

Tarikh Tutup Permohonan

22/05/2026

Status Kursus
Telah Diiklankan